Beranda · Teknologi · Olahraga · Entertainment · Gaya Hidup

Belajar Dulu Selok Belok Pentadbiran dan Sejarah Seniman!

Zed Zaidi anggap kritikan yang dibuat oleh beberapa ahli jawatankuasa (AJK) persatuan itu ekoran tindakannya melakukan laporan polis terhadap bendaharinya, Vanidah Imran tidak mewakili suara ahli persatuan.

Zed berkata, kumpulan yang bersuara membidas kepimpinannya itu adalah golongan pro Vanidah selain ingin melihat Seniman kucar-kacir.

"Apa sahaja mereka katakan itu tidak mewakili suara ahli Seniman secara keseluruhan tetapi hanya yang berpihak kepada Vanidah. Ia bukan suara ahli.

"Sayang, mereka mempunyai semangat tetapi langsung tidak memahami aspek pentadbiran dan sejarah Seniman sehingga sanggup mengeluarkan pelbagai kenyataan yang tidak benar," -  mStar Online

Dalam pada itu, Zed meminta golongan berkenaan supaya mempelajari aspek pentadbiran dan sejarah Seniman terlebih dahulu sebelum membidas kepimpinannya sebagai presiden yang dilihat gagal mengendalikan Seniman dengan baik.

Malah kata Zed, dia tidak akan terus mengalah biarpun ada yang ingin melihat dia meninggalkan Seniman dan meminta barisan AJK yang tidak berpuas hati dengannya supaya  melepaskan jawatan dengan baik.

"Saya di sini menyambung peninggalan presiden terdahulu dan apa juga kekecohan yang terjadi sebelum kepimpinan saya tidak ada kena mengena dengan saya. Saya hairan mereka seolah-olah cuba menyalahkan saya dalam apa juga masalah yang berlaku sebelum ini.

"Saya minta mereka cermin diri dan belajar dari bawah tentang sejarah dan pentadbiran Seniman dan bukan terus mengatakan saya sombong dan bongkak apabila cuba menjelaskan sesuatu situasi kepada mereka.

"Kedudukkan saya hari ini bukan datang dengan cara mudah kerana saya bermula dari bawah dan belajar selok-belok tentang Seniman," jelasnya.

0 Response to "Belajar Dulu Selok Belok Pentadbiran dan Sejarah Seniman!"

Post a Comment