Bangkok – Sebuah pesawat yang dalam penerbangan ke China, terpaksa berpatah balik ke Bangkok, susulan tindakan seorang penumpang mencederakan seorang pramugari dalam pesawat itu.
Thai AirAsia dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, seorang penumpang warga China yang menaiki pesawat sewa khas dalam perjalanan ke Nanjing, pada petang Khamis itu, bertindak mengherdik seorang pramugari, sebelum menyimbah air panas ke arahnya.
Susulan itu, kru lain segera memberi bantuan kecemasan kepada pramugari itu, sementara pesawat berkenaan berpatah balik ke Bangkok dan menurunkan penumpang itu bersama tiga rakannya.
Menurut kenyataan itu, perbincangan antara kru dan empat penumpang itu, di pejabat syarikat penerbangan berkenaan, berjaya menyelesaikan masalah dengan damai.
Bagaimanapun, tidak dinyatakan jika empat penumpang itu dibenarkan menaiki pesawat berkenaan yang kemudiannya berlepas ke China.
0 Response to "penumpang Mengamuk, pesawat Terpaksa patah Balik"
Post a Comment