Terpulang bagaimana pun anda melihatnya, semalam seakan hari sedih untuk dunia selebriti bila berderet kes penceraian melibatkan para selebriti tempatan dibicarakan di mahkamah. Salah satu adalah pasangan Syura dan suaminya, Mohd Fadhly Md Yassin.
Pasangan ini mengesahkan yang mereka sudah sah bercerai pada September lalu namun Mohd Fadhly berharap yang Syura akan menerima dirinya semula dan memulakan kehidupan baru suami isteri membesarkan tiga orang anak mereka.
“Saya masih sayangkan dia dan ingin selamatkan rumah tangga kami. Saya memikirkan anak-anak kerana perceraian ini mula beri kesan pada mereka,” ujar Fadhly kepada Harian Metro.
Mohd Fadhly hadir ke Mahkamah Rendah Syariah KL semalam untuk mendapatkan pengesahan lafaz rujuk yang dibuat terhadap Syura pada 10 November lalu secara lisan. Bagaimanapun kes itu ditangguhkan selepas Syura gagal menghadirkan diri.
“Sejak dari awal saya tidak pernah terfikir untuk bercerai tetapi perkara sudah berlaku, saya sudah pun merujuk dengannya secara lisan bulan lalu. Tetapi nampaknya dia tetap dengan pendirian untuk berpisah dan saya masih berusaha untuk menangi kembali hati dia,” tambahnya.
Semoga harapan Mohd Fadhly untuk kembali bersama Syura bakal termakbul. Maklumlah sudah lama bersama susah senang ‘kan? Sama sama kita doakan.
0 Response to "Suami Pujuk Syura, Akui Masih Sayang"
Post a Comment