Sebuah video yang berdurasi 55 saat menjadi viral sejak 3 Disember lalu apabila wanita yang dipercayai menipu orang ramai bagi mengeluarkan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) ditahan di Kuala Lumpur Sentral.
Wanita yang berusia 48 tahun itu dipercayai menyediakan perkhidmatan kepada orang ramai yang mempunyai masalah kewangan di laman sosial dan mahu mengeluarkan wang KWSP dengan cara mudah selain membantu mendapatkan kelulusan pinjaman dari BANK. Dipercayai berasal dari Subang Jaya, wanita ini sudah aktif sejak 2011 juga turut menawarkan bantuan untuk menjual kereta dengan harga yang berpatutan selain membantu peminjam senarai hitam untuk membuat pinjaman.
Video yang dimuat naik oleh seorang pemilik akaun Facebook, T Annomey Bengkak dengan kapsyen ‘akhirnya tertangkap’ itu mendapat lebih 147 ribu penonton dan pelbagai komen dari orang ramai. Wanita dalam video itu dilihat ditahan oleh seorang lelaki dan wanita yang dipercayai menjadi mangsa penipuan sehingga kerugian RM700 hingga RM3,500 sebelum dikatakan membuat laporan di Pondok Polis KL Sentral.
0 Response to "Wanita Tipu Duit KWSP Pengsan Apabila Ditangkap"
Post a Comment