Diana Rafar failkan perceraian terhadap Zamarul Hisham hari ini

Desas-desus yang mengatakan rumah tangga Diana Rafar dan Zamarul Hisham goyah sebelum ini nampaknya sudah tidak dapat dipertahankan lagi apabila Diana sudah memfailkan perceraian terhadap suaminya itu hari ini di mahkamah di Shah Alam.

“Ya, saya sudah memfailkan perceraian sekitar jam 1 tengah hari tadi. Bagaimanapun saya tidak mahu mengulas lanjut punca perpisahan kami lagi buat masa ini. Saya redha dengan apa yang terjadi,” katanya seperti yang dipetik di Berita Harian.

Selain itu, Diana yang juga sudah mengenakan tudung sejak Disember lalu dan mengakui ujian tersebut menjadikan dirinya lebih kuat lagi.

“Di sebalik dugaan hidup yang saya lalui termasuk kisah rumah tangga yang sering menjadi buruan, saya sedar ini semua ujian Tuhan untuk saya jadi lebih kuat. Saya barangkali gembira dengan perniagaan dan kerjaya, tapi ada yang bagaikan tidak lengkap.

“Seperti kosong. Saya sendiri tertanya apa yang bermain di fikiran itu. Dan tanpa diduga saya tergerak hati untuk bertudung. Malah sebelum itu, saya jadi macam malas dan segan nak keluar rumah.

“Saya bermula dengan mengenakan selendang dan rasa yakin diri untuk keluar rumah. Keesokan harinya, saya tanggalkan kembali selendang itu jadi janggal. Kemudian saya nekad mengambil tudung. Saya sedar kebahagiaan yang ditarik itu diganti dengan cara sebegini,” katanya tenang.

0 Response to "Diana Rafar failkan perceraian terhadap Zamarul Hisham hari ini"

Post a Comment