Beranda · Teknologi · Olahraga · Entertainment · Gaya Hidup

Gelagat Artis Hantar Anak Hari Pertama Sekolah

KL, 13 JAN 2015: Semalam merupakan hari pertama bagi hampir seluruh pelajar di Malaysia untuk memulakan sekolah bagi tahun 2015.

Seronok lihat pelbagai gelagat anak-anak rakan Murai Batu ke sekolah. Ada yang menangis dan ada juga yang teruja habis nak ke sekolah dengan beg baru.

Seperti biasa, bagi anak –anak yang pertama ke sekolah rendah atau pra sekolah, ibu bapa pasti akan datang berteman untuk mereka membiasakan diri.

Selain rakan Murai Batu , selebriti pun tidak ketinggalan mengambil kesempatan menghantar anak mereka ke sekolah pada hari pertama sekolah semalam.

Antaranya yang Murai Batu perasan semalam di laman sosial Instagram adalah Eizlan Yusof yang menghantar anak sulungnya Zaara. Wah baguslah walaupun dia dan isteri sudah bercerai, tanggungjawabnya terhadap anak-anak tetap tidak dilepaskan.

0 Response to "Gelagat Artis Hantar Anak Hari Pertama Sekolah"

Post a Comment