Beranda · Teknologi · Olahraga · Entertainment · Gaya Hidup

GEMPAR!! Saari Amri: Saya Pernah Nasihat Zamani Untuk Lupakan Siti Nurhaliza

Menerusi laman sosial itu, Saari menulis kenyataan merujuk penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza tahu punca Zamani terlibat dengan gejala penangihan dadah.

Saari memberitahu, dia tidak berniat mencetuskan apa-apa isu sebaliknya ia timbul atas rasa simpati terhadap nasib yang menimpa vokalis kumpulan Slam itu.

“Saya kenal Zamani sejak dari awal dia mula menyanyi. Dia pun banyak menyanyikan lagu-lagu ciptaan saya dan kami memang rapat malah, saya sering juga banyak menghabiskan masa dengan dia.

“Pernah satu ketika saya bertanyakan pada dia mengapa dia jadi begitu dan saya nasihatkan dia supaya melupakan Siti dan menjalani hidup dengan lebih baik tetapi Zamani seorang yang sangat setia.

“Jadi, apabila berita penangkapannya tersebar, saya berasa kasihan dengannya dan atas sebab itu saya ‘tweet‘ sekadar mahu meluahkan rasa simpati dan meluahkan apa yang betul. Ramai juga kenalan yang tahu tentang perkara itu tapi itu kisah lama. Tiada niat saya nak bangkitkan atau timbulkan apa-apa isu,” katanya dipetik daripada Malaysian Digest.

Kami yakin, tahun 2015 ini merupakan tahun perubahan yang lebih baik kepada Zamani dan tidak mustahil sekiranya nama yang pernah popular dan gah satu ketika dahulu ini mampu menggenggam anugerah sekaligus menjadi pendorong kepada insan lain.

0 Response to "GEMPAR!! Saari Amri: Saya Pernah Nasihat Zamani Untuk Lupakan Siti Nurhaliza"

Post a Comment