MELAKA: Empat wanita maut ketika sebuah kereta jenis Proton Perdana yang diburu pasukan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berlanggar dengan kereta jenis Perodua Kancil yang dinaiki mereka, sekitar jam 4:15 petang tadi.
Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Merlimau, Masri Ibrahim berkata kereta Perdana yang dikejar JPJ dari arah Merlimau itu telah memecut laju sehingga ke jalan Bukit Gereja Umbai.
Ia kemudiannya memasuki arah bertentangan jalan dan merempuh kereta jenis Perodua Kancil tersebut sehingga menyebabkan dua mangsa tercampak keluar dan dua lagi tersepit di dalam kenderaan.
Pihak bomba dari Merlimau dan Bukit Katil berusaha mengeluarkan mangsa dari tempat kejadian setengah jam kemudian.
Keempat-empat mangsa disahkan maut di tempat kejadian.
Manakala, sebuah lagi kereta jenis Proton Preve yang berada di belakang Kancil tersebut sempat mengelak dari dirempuh kereta Perdana yang ketika itu dipandu seorang lelaki.
0 Response to "GEMPAR!!Empat maut apabila kereta diburu JPJ berlanggar sebuah Kancil"
Post a Comment