Beranda · Teknologi · Olahraga · Entertainment · Gaya Hidup

Mahkamah Arah Awie Serah Anak.. Awie Dapat Hak Lawatan

Melihat kepada keputusan mahkamah terbaru ini, nampaknya Rozana Misbun menang sementara dalam kemelut rumahtangga bersama Awie selepas Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur memutuskan hak jagaan sementara kini jatuh ke atas tangan Rozana.

Hakim Syarie, Ibrahim Deris memutuskan tiga anak mereka iaitu Putra Ahmad Merrah, 8, Putra Ahmad Rezzki, 7, dan Puteri Qasseh Antasha, 5, diserahkan kepada Rozana sebagai ibu sehingga perintah kekal hak jagaan anak dikeluarkan oleh mahkamah.

Awie atau Ahmad Azhar Othman, selaku responden diberikan hak melawat di kediaman anak-anak tersebut selama dua jam sebanyak dua kali sebulan iaitu pada hari Sabtu dan Ahad pada minggu pertama dan ketiga dengan memaklumkan kepada Rozana.

Rozana Misbun mendakwa anak anaknya itu bagaikan keliru selepas tujuh bulan mereka terpisah selepas beliau dilarang untuk bertemu mereka dan hanya dapat bertemu mereka di sekolah masing masing.

0 Response to "Mahkamah Arah Awie Serah Anak.. Awie Dapat Hak Lawatan"

Post a Comment