Pengotor!! Cuba tengok apa yang lelaki ini jumpa dalam sayur lemak pucuk paku ni!!

SHAH ALAM - Seorang lelaki yang sedang menikmati makan tengahari di sebuah kedai terbantut apabila menemui pembalut penutup luka di dalam masakan sayur lemak pucuk paku.

Menurut lelaki tersebut yang enggan dikenali itu, kejadian tersebut begitu menjijikkan hingga membuatnya termuntah.

“Saya makan tengah hari di kedai itu dan mengambil lauk termasuk sayur lemak pucuk paku. Selepas tiga suapan, saya ternampak sesuatu yang pelik dan bila dilihat rupa-rupanya benda itu adalah pembalut penutup luka yang telah terpakai,” katanya kepada Sinar Online.

Lelaki terbabit yang kesal dengan insiden tersebut bertindak membuat aduan kepada pengusaha terbabit.

“Saya kecewa dengan amalan kebersihan kedai makan yang sepatutnya diamalkan oleh pekerja kedai tersebut.

“Peniaga sepatutnya menjaga kebersihan dalam menyediakan makanan kerana apa yang kita makan ini akan jadi darah daging,” katanya.

Beliau berharap peniaga tersebut mengambil pengajaran daripada kejadian tersebut dan menitik beratkan soal kebersihan pada masa akan datang.-Sinar Harian

0 Response to "Pengotor!! Cuba tengok apa yang lelaki ini jumpa dalam sayur lemak pucuk paku ni!!"

Post a Comment