Mungkinkah Diana masih mengharapkan perubahan diri daripada suaminya? Kami tak tahu apa sebab sebenar pelakon jelita ini membuat luahan menyayat hati.
Beberapa #bulan yang lalu peminat dikejutkan dengan kisah keretakan rumah tangga di antara pelakon Diana Rafar dan Zamarul Hisyam. Semuanya terjawab apabila Diana bertindak memfailkan perceraian terhadap Zamarul pada 15 Januari lalu.
Namun penampilan terbaru Diana yang dikatakan telah bertudung sepenuhnya selepas krisis rumahtangga mendapat perhatian kami.
Menerusi beberapa keping foto terkini yang dikongsi olehnya di laman Instagram, Diana dilihat manis bertudung. Malah foto beserta ayat motivasi ini jelas menunjukkan Diana cuba untuk melupakan apa yang terjadi dan membuka lembaran hidup baru.
Jika benar Diana sudah berhijab sepenuhnya, baguslah kerana peminat pun sentiasa mendoakan yang terbaik buat Diana. Harap Diana terus tabah mengharungi hari mendatang dan menjaga kebajikan anak walaupun sudah berpisah nanti.
0 Response to "SAYU.. : Rintihan Sedih Diana Rafar Sebaik Failkan Penceraian Terhadap Zamarul Hisham"
Post a Comment