Beranda · Teknologi · Olahraga · Entertainment · Gaya Hidup

Setahun Penduduk Sebuah Perumahan Minum Air Mayat Perempuan Ini

Mexico. Penduduk di sebuah perumahan gempar apabila pihak berkuasa memaklumkan menjumpai mayat seorang wanita terapung di dalam tangki simpanan air di blok perumahan tersebut.

Memetik laporan dari portal berita Metro.co.uk, mayat Carmen Yarira Noriega Esparza, 27, dijumpai mereput di dalam tangki tersebut selepas penduduk di kejiranan itu mengadu air yang diminum oleh mereka terasa ‘pelik’ dan aneh.

Menurut pihak berkuasa, Yarira dipercayai hilang hampir setahun lalu dan kali terakhir dilihat di sebuah gimnasium di pusat bandar pada Februari lepas.

Walaupun kertas siasatan dibuka untuk menyiasat kehilangannya, Yarira masih tidak dapat ditemui.

Sejurus selepas polis menghentikan siasatan, ahli keluarga dan rakan-rakannya memulakan carian menerusi media sosial.

Ia dilakukan bagi menemukan sebarang petunjuk baharu berhubung kehilangan gadis itu.

Difahamkan, Yarira merupakan pelajar psikologi yang bercita-cita untuk menjadi pelakon.

Seorang rakan, Pal Javier Paz, 30, berkata, Yarira merupakan seorang gadis cantik yang baik dan berbakat.

“Bila dia tidak muncul di klinik, di mana tempat dia bekerja, kami ingat dia diculik dan dijadikan hamba dalam perdagangan seks.

“Rupa-rupanya selama ini (mayat) dia  berada di blok apartmentnya sepanjang masa,” katanya.

0 Response to "Setahun Penduduk Sebuah Perumahan Minum Air Mayat Perempuan Ini"

Post a Comment