Pengakuan Jujur Alyah Kisah Pergolakan Rumahtangga Dengan Ramli MS | Penyanyi terkenal, Alyah menyatakan bahawa hubungan suami dan dia masih lagi dalam keadaan baik sambil memberitahu bahawa tempoh dua tahun itu merupakan tempoh untuk Alyah belajar mengenai selok belok rumah tangga.
“Alhamdulillah, saya masih isteri Datuk Ramli MS. Semua masih sama dan semuanya okay sekarang. Tidak ada apa-apa yang berubah.
“Saya memang tak pernah pakai cincin perkahwinan dari dulu lagi.
Sebabnya saya ini jenis yang pelupa dan cuai. Hari-hari pun saya akan bertukar aksesori mengikut fesyen untuk persembahan jadi bahaya untuk orang macam saya pakai cincin.
“Tapi ini tak bermakna pekahwinan saya dan suami ada masalah. Kami memang okay dan saling belajar dalam melayari kehidupan suami isteri,” katanya
0 Response to "Pengakuan Jujur Alyah Kisah Pergolakan Rumahtangga Dengan Ramli MS"
Post a Comment