Tarikh Unik, Isteri Ajak Shiro Selamat Lahirkan Bayi Perempuan

Tahniah diucapkan kepada pelawak terkenal Ajak Shiro yang baru sahaja menyambut kelahiran bayi perempuan sebentar tadi.

Bayi perempuan yang juga merupakan anak ketiga kepada pasangan Ajak dan Afifah Amin itu selamat dilahirkan pada jam 1.00 tengah hari secara normal.

Ajak berkongsi berita gembira itu melalui sekeping foto yang dimuat naik melalui akaun Instagramnya iaitu @ajakshiro kira-kira satu jam lalu.

Uniknya lagi tentang kelahiran bayi comel tersebut ialah dia turut berkongsi tarikh lahir yang sama dengan dua abangnya yang juga lahir pada 25 Mac.

Menerusi kapsyen yang ditulis, Ajak menyampaikan rasa syukurnya ke hadrat Ilahi atas anugerah yang diterimanya selain mengucapkan terima kasih kepada peminat yang tidak putus-putus mendoakan keselamatan isterinya.


“Alhamdulillah syukur padamu Ya Allah… Hari ini tepat jam 1 petang isteri saya selamat bersalin dan hadiahkan saya seorang anak perempuan.

“Lagi satu saya nak bgtau… Wife saya bagi hadiah ni pada hari yg sama… Walaupun bukan kembar dan dia bersalin normal Jad 25Mac10, Had25Mac13 dan harini adalah 25Mac15… Terima kasih pd semuanya… Alhamdulillah. #sayaajakdansayatidaksombong.“ tulisnya.

Dalam pada itu, ucapan tahniah tidak putus-putus diberikan kepada Ajak oleh peminatnya melalui ruangan komen di Instagramnya.

Related Posts :

0 Response to "Tarikh Unik, Isteri Ajak Shiro Selamat Lahirkan Bayi Perempuan"

Post a Comment