Beranda · Teknologi · Olahraga · Entertainment · Gaya Hidup

Zamarul Hisham: Kami Sudah Bercerai Talak Satu

Jika sebelum ini, Diana Rafar ada mengakui sudah memfailkan perceraian dengan Zamarul Hisham, kini bekas suaminya itu membuat pengakuan bahawa mereka sebenarnya sudah sah bercerai dengan talak satu pada 15 Januari lalu.

Melalui temubual bersama Berita Harian, Zamarul sendiri mendedahkan perkara tersebut dan menyatakan tidak ada perkara yang mahu disembunyikan lagi mengenai status hubungan mereka.

“Memang tiada apa yang perlu diselindungi lagi. Memang kami sudah sah bercerai Januari lalu. Cuma apa yang berlaku ada hikmah. Terlalu peribadi untuk bercerita setiap inci butiran. Saya tidak mahu mengaibkan orang atau menyalahkan sebelah pihak saja”

“Apatah lagi memenangkan diri sendiri untuk hal berbangkit. Cukup orang tahu kami bercerai pada tarikh itu. Mungkin masing-masing ada kekhilafan sendiri yang terlepas pandang, perlu diubah”

“Saya ibaratkan perceraian ini satu cara bermuhasabah diri. Insya-Allah berkat doa peminat yang sentiasa mendoakan kami ia umpama satu semangat. Komen positif yang diterima, Insya-Allah hubungan kami rasanya masih kuat lagi,” katanya.

Apa yang lebih menyentuh perasaan apabila soalan mengenai perasaan sayang terhadap isterinya, dijawab dengan penuh harapan bagaikan mahu memberi sinar untuk memperbaiki kembali apa yang terjadi.

“Siapa yang tak sayang isteri. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula hubungan suami isteri.
“Jika sayang itu sekadar percakapan semata-mata, mahu saya tulis pula perkataan sayang itu di merata tempat. Dia pun tahu saya terlalu sayangkan dia”

“Sebab itu, dia tahu saya masih berada di sini. Doakan kebahagiaan kami dan kesihatan. Rindu itu masih ada. Sayang memanglah masih sayang,” katanya perjelas perasaan.

Selain itu, Zamarul juga mendakwa antara faktor perpisahan mereka adalah dengan kehadiran orang ketiga namun dalam masa yang sama mengakui, masing-masing juga ada melakukan kesilapan.

0 Response to "Zamarul Hisham: Kami Sudah Bercerai Talak Satu"

Post a Comment