KUALA LUMPUR: Pelakon Almy Nadia memberitahu dia takut untuk mendedahkan gambar anaknya, Nur Afrina Arianna sejak bayi itu dilahirkan di kerana risau dengan kutukan yang bakal diterima.
Almy atau nama sebenar Almy Nadia Aminuddin Shah, 28, berkata, dia kini bersedia untuk berkongsi gambar anaknya kepada umum selepas dua bulan anaknya dilahirkan.
"Pada mulanya bukan saya tidak mahu berkongsi wajah anak kepada umum tetapi saya mengambil pendekatan supaya lebih berhati-hati kerana risau kutukan yang bakal diterima oleh orang yang digelar keyboard warrior.
"Kami memilih hari ini (Ahad) sempena hari ulang tahun pertama perkahwinan suami untuk tampil mendedahkan wajah anak kepada umum menerusi media sosial," katanya kepadamStar Online.
Almy berkata demikian ketika ditemui pada majlis cukur jambul anaknya, Nur Afrina Arianna , di Taman Tasik Titiwangsa, di sini, Ahad.
Turut hadir pada majlis itu Tengku Besar Putra Selangor, Tengku Datuk Seri Ismail Shah Sultan Hishamudin Alam Shah, jurulatih bola sepak Pahang, Zainal Abidin Hassan, pelakon Sharifah Shahira dan suami, Ijoy.
Dalam pada itu, Almy berkata, dia akan bergilir-gilir menjaga anaknya dengan suami kerana risau mengambil pembantu rumah.
"Saya dengan suami akan bergilir-gilir menjaga anak jika salah seorang sibuk kerana itu merupakan cara terbaik untuk memastikan anak saya selamat.
"Sebenarnya saya tidak yakin untuk mengupah pembantu rumah menjaga anak kerana maklumlah kini kita dengan bermacam-macam cerita mengenai pembantu rumah," jelasnya lagi.
Sementara itu, suami kepada Almy iaitu Fizz Fairuz memberitahu, sejak mempunyai anak dia akan sentiasa balik ke rumah walaupun menjalani penggambaran di luar Kuala Lumpur dan tidak lagi menghabiskan masa dengan melepak bersama rakan-rakan selepas selesai penggambaran.
"Kebiasaannya selepas tamat penggambaran saya suka melepak di kedai mamak dengan kawan-kawan sebelum pulang ke rumah.
"Namun sekarang hati sentiasa teringatkan anak yang berada di rumah dan akan terus pulang untuk bersamanya selepas selesai kerja walaupun saya menjalani penggambaran di luar Kuala Lumpur," katanya.
Terdahulu, Almy, 29, melahirkan bayinya di Hospital Columbia Setapak dekat sini pada 16 Februari lalu.
0 Response to "Almy Nadia Bimbang Bayinya Dikutuk Pengikut Laman Sosial"
Post a Comment