Beranda · Teknologi · Olahraga · Entertainment · Gaya Hidup

Doa dan Amalan untuk Menyembuhkan Rabun Mata

Doa dan amalan untuk menyembuhkan rabun mata ini asalnya dikongsikan oleh Ustaz Muhammad Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin di laman youtube beliau.

Menurut ustaz Amin, doa ini beliau dapat semasa menziarahi ulama di Makkah. Kami kongsikan semula di sini supaya semua mendapat manfaat dan kebaikan dari perkongsian doa ini insyaAllah.

Amalan ini mesti dibuat setiap kali solat wajib

Caranya:
1.Rapatkan dua jari seperti gambar di bawah

rapatkan-dua-jari

2.Selawat 3 kali – Allahumma solli ala muhammad wa ala ali muhammad
3.Baca 3 kali ayat ini – la ilaha illallah nurul ain muhammadur rasulullah qurratul ain
4.Tiupkan pada jari dan sapukan sendi jari pada mata dari dalam ke luar

gosokkan sendi jari
5.Kemudian baca lagi pada jari Surah Qaf ayat 22 dan sapukan pada mata sekali lagi.
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
فَكَشَفۡنَا عَنكَ غِطَآءَكَ فَبَصَرُكَ ٱلۡيَوۡمَ حَدِيدٌ۬
Maksudnya : maka kami hapuskan kelalaian yang menyelubungimu itu, lalu pandanganmu pada hari ini menjadi tajam (dapat menyaksikan dengan jelasnya perkara-perkara hari akhirat).

Menurut ustaz, seorang yang telah mengamalkan doa dan amalan ini Alhamdulillah dalam masa 6 bulan power cermin matanya 600 kedua -dua belah telah turun dan boleh melihat tanpa menggunakan cermin mata.

0 Response to "Doa dan Amalan untuk Menyembuhkan Rabun Mata"

Post a Comment