GEMPAR.. para jemaah di Masjid An Nur, Bandar Country Homes, Rawang dikejutkan dengan penemuan seorang bayi lelaki yang masih bertali pusat dalam sebuah bungkusan beg kertas, semalam.
Beg yang ditinggalkan di atas hud kereta milik seorang jemaah itu disedari kira-kira pukul 9.15 malam oleh seorang lelaki sebelum memaklumkan kepada jemaah masjid yang lain.
Bayi comel yang ditemui masih bernyawa itu kemudian diazankan oleh jemaah masjid.
Menurut Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Ali Ahmad, bayi berkenaan ditemui seorang lelaki berusia 64 tahun selepas menunaikan solat Isyak.
“Bayi itu ditemui dalam keadaan sihat dan selamat sebelum ianya dibawa lelaki terbabit yang juga pesara polis ke klinik berdekatan untuk pemeriksaan,” katanya.
Tambahnya, setakat ini tiada saksi yang melihat individu yang meninggalkan bayi berkenaan namun bagi orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi balai polis berdekatan.
Kes ini disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan. – MYNEWSHUB.CC
0 Response to "Gambar Terkini Bayi Comel Bertali Pusat Dibuang Dalam Beg Kertas (5Gambar) "
Post a Comment