Beranda · Teknologi · Olahraga · Entertainment · Gaya Hidup

Memalukan!! Wanita Separuh Bogel Rupanya Wanita Tempatan

Perkara itu disahkan sendiri oleh Ketua Polis Balai Dang Wangi Asisten Komisioner Zainol Samah yang memberitahu, maklumat orang awam yang mengatakan wanita itu adalah bangsa asing adalah tidak tepat....

#Sehubungan itu, kata beliau, wanita terbabit telah ditangkap di sebuah hotel di Jalan Sultan pada pukul 5.30 pagi ini....

#“Bertindak atas satu maklumat, sepasukan polis telah ke sebuah hotel dan kemudian mengetuk sebuah pintu hotel yang kemudiannya dibuka oleh seorang wanita berasal dari Sabah....

#“Kami kemudiannya meminta dokumen pengenalan diri tetapi wanita itu gagal berbuat demikian. Hasil temubual, kami dapati wa­nita itu berusia 32 tahun yang ber­asal dari Sabah dan berketurunan Kadazan,” katanya, di sini hari ini....

#Mengulas lanjut, beliau memberitahu, tiada sebarang barangan salah yang ditemui dalam siasatan itu dan suspek juga masih dalam keadaan khayal dipercayai pe­ngaruh dadah....

#“Dia ditangkap mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil dan akan dituduh minggu depan,” katanya....

#Satu video amatur menjadi viral apabila seorang wanita yang dikatakan warga Iran menanggalkan baju dan mendedahkan payu dara dipercayai bagi mengelak daripada membayar makanan serta minuman keras di sebuah restoran di Jalan Petaling....

#Wanita itu juga dikatakan mabuk selepas minum dua botol arak jenis bir di restoran berkenaan dan telah memarahi pemilik restoran tersebut sambil mengajak bergaduh sebelum menanggalkan baju dan pakaian dalamnya....

Sumber: Utusan Online...

1 Response to "Memalukan!! Wanita Separuh Bogel Rupanya Wanita Tempatan"