Mia Ahmad Mula Terima Tawaran Berlakon Melimpah Ruah Selepas Berhijab

Pelakon baru yang kini popular melalui drama bersiri Hati Perempuan, Mia Ahmad berterus terang bahawa dia tidak akan menerima mana-mana watak yang memerlukan dirinya untuk berpelukan dengan pelakon lelaki.

Menurut Mia, dia tidak mahu mengundang sensitiviti masyarakat terhadap penampilannya yang bertudung malah dalam masa yang sama menganggap perkara tersebut sebagai cabaran kepadanya untuk menunjukkan lakonan yang baik tanpa menunjukkan aksi sedemikian.

“Saya akan meneliti skrip yang diterima khususnya jika terdapat adegan berpegangan tangan atau perlu melakukan babak mesra dengan pelakon lelaki. Sekiranya pihak produksi bersungguh-sungguh inginkan saya terlibat dalam karya mereka, perbincangan akan dibuat bagi mengetahui teknik kamera yang dilakukan,” kata Mia seperti dipetik daripada portal Mangga Online.

Menurut Mia, dia mendapat kerjasama yang baik daripada pengarah drama yang dibintanginya sekarang selain pengarah juga turut membantu memberikan idea untuk mengelak daripada melakukan adegan bersentuhan melainkan berlapik.

Mia juga mengakui pada mulanya risau tiada tawaran memandangkan imejnya yang berhijab namun perkara sebaliknya berlaku apabila tawaran lakonan sebagai wanita berhijab datang kepadanya tidak henti-henti.

0 Response to "Mia Ahmad Mula Terima Tawaran Berlakon Melimpah Ruah Selepas Berhijab"

Post a Comment