PANAS !! Akhirnya identiti bakal isteri Zizan Razak kini terbongkar

Hari ini, kecoh kononnya pengacara dan pelawak terkenal, Zizan Razak sudahpun menghantar rombongan untuk merisik seorang gadis yang berasal dari Terengganu.

Menurut ruangan Cik Pang, rombongan merisik keluarga Zizan telahpun bertandang ke rumah si gadis tersebut pada Rabu minggu lalu.

Fuh! Pantas dan tuntas.

Tapi, ada berita yang tak sedap kami dengar. Menurut laporan tersebut lagi, gadis yang dikenali sebagai Nor Edura Diyana Hisham ini bersama dengan Zizan ketika Emma masih lagi bergelar kekasih Zizan.

Lebih mengharukan, kononnya, si gadis ini pernah bergambar bersama Emma di sebuah restoran tapi hanya memperkenalkan diri sebagai peminat Emma sahaja.

Jika benar apa yang dikatakan, maknanya, selama ini hubungan Zizan dan Emma hanya sekadar wayang semata-mata ke?

Iyalah, kami pun pelik juga apabila zizan cepat sungguh dapat pengganti. Apapun, kami harap Zizan akan tampil memberitahu perkara sebenar.

Iyalah, dari masyarakat terus berfikir yang bukan-bukan. Betul tak?

Bagi kami, kalau benar apa yang didengar ini, tak dapat kami bayangkan bertapa hancurnya hati Emma Maembong!

Sumber : Ohbulan

0 Response to "PANAS !! Akhirnya identiti bakal isteri Zizan Razak kini terbongkar"

Post a Comment