Petua Menghilangkan Bau Busuk Kaki

Untuk pengetahuan anda, kaki berbau berpunca daripada bakteria pada kaki yang memakan peluh di kaki. Jika anda mengalami masalah ini, terdapat beberapa cara untuk anda menghapuskannya.

Tahukah anda teh, kopi dan garam mampu menyelesaikan masalah ini? Ya! Ketiga-tiga bahan ini mempunyai fungsi yang sama iaitu neutralkan semula bau kaki. Caranya amat mudah dan boleh dilakukan di rumah. Tidak perlu ke spa untuk lakukan pedicure, itu semua hanya satu pembaziran sahaja. Jadi hari ini kami mahu berkongsi tips yang jarang kita amalkan untuk hilangkan bau kaki.

Tips yang jarang diamalkan :
TEH- Rendam kaki dalam air suam, campur hampas teh. Rendam 10 minit je. Ini akan bantu neutralkan semula bau kaki anda.

GARAM – Rendamkan garam sama macam hampas teh. Sukatan garam terpulang pada anda.

KOPI – Bungkus kopi dalam kain bersih. Masukkan dalam kasut semalaman. Sukatannya pula tidak terlalu banyak dan terlalu sedikit. Anda juga boleh rendamkan kaki dengan kopi yang direndam tanpa dicampurkan gula. Ini akan membantu neutralkan semula bau kaki anda.

Tips cegah bau kaki yang biasa diamalkan :
1. Bersihkan celah jari kaki setiap kali mandi.

2. Kurangkan makanan pedas dan berkalori tinggi. Kedua-dua makanan ini akan membuatkan badan kita mudah berpeluh & membiakkan bakteria.

3. Guna foot patch untuk buang toksin-penyebab kaki berbau.

4. Simpan kasut di tempat yang ada pengudaraan baik. Guna silica gel atau arang kalau simpan dalam kotak.

5. Guna kasut berasaskan kain. Kalau kasut getah atau plastik menyebabkan kaki cepat berpeluh sebab panas dan pengaliran udara yang kurang baik.

6. Guna bedak untuk hilangkan bau kaki.

7. Anda juga boleh rendam kaki dalam air suam dan biarkan selama 10-15 minit dan kemudian sapukan losyen.

Jika kasut anda berbau :
1) Balut kasut anda dengan suratkhabar dan simpan di tempat yang sejuk dan berangin. Kertas suratkhabar dapat menyerap bau hapak pada kasut.

2) Ambil beberapa biji kopi dan balutkan pada tisu, letakkan balutan kopi itu ke dalam kasut dan biarkan semalaman.

3) Jika kasut anda masih berbau walaupun selepas di cuci, keringkan terlebih dahulu kasut tersebut. Kemudian, ambil soda bikarbonat dan taburkan pada kasut dan biarkan semalaman. Jumlah soda bikarbonat bergantung pada saiz kasut anda. Keesokan harinya, buang soda bikarbonat tersebut menggunakan vakum.

4) Untuk mengelakkan kasut tidak mudah berbau, jangan pakai kasut ketika kaki anda basah. Kerana ia membolehkan bakteria membiak dan merebak. Untuk kesan maksimum, gunakan produk yang boleh menghilangkan bau kasut dengan cepat.
5) Jika kasut anda basah akibat hujan, segera masukkan surat khabar lama ke dalam kasut dan simpan kasut dalam kain, kotak kasut atau beg plastik.

Cara di atas amat mudah dipraktikkan. Jika anda telah mencuba ke semua di atas tetapi masih mengalami masalah yang sama, cuba berjumpa dengan pakar kulit dan dapatkan nasihat daripada mereka.

1 Response to "Petua Menghilangkan Bau Busuk Kaki"

  1. Suami kite jenis kaki berpeluh. Kasut mmg slaluuu kene basuh. Huahua. Soda bikarbonat tuu mungkin bleh cuba hehe tq share

    ReplyDelete