Drama Dia Isteri Luar Biasa Akan DITAMATKAN SIARANYA.?

Dia...Isteri Luar Biasa adalah drama yang tengah meletop sekarang, gandingan 2 pelakon hebat ini telah dapat memenangi hati penonton, tetapi ada khabar angin mengatakan yang drama ini akan ditamatkan siaranya kerana turut mendapat kritikan ramai.

Tapi kami rasa itu adalah tak masuk akal sedangkan banyak lagi drama yang tak masuk akal terlepas masuk dalam slot2 disediakan.

#JUDUL : DIA ISTERI LUAR BIASA....
#EPISOD : 28 episod...
#TARIKH : 18 Mei 2015 (Isnin-Khamis, 6.55petang)...
#SIARAN : Slot Akasia TV3..
#NOVELIS : Umie Nadzimah...
#PENGARAH : Jamal Khan (Khan Mancung)..
#TERBITAN : Pena Creative Pictures Sdn Bhd...
#PELAKON : Shukri Yahaya, Fathia Latiff, Keith Foo, Elizad Sharifuddin, Nonny Nadirah, #Uqasha Senrose, Ardell Aryana, Ziela Jalil, Syatilla Melvin, Raja Farah, Afiq Muiz, Leez #Rosli, Alexx Yanz, Lia Asmizza, Azza Elite , Supyan kepoh, Liza Abdullah, Nurul Aini, Shah Rezza...

#WATAK PELAKON..
#Shukri Yahaya sebagai RadenAmzar..
#Nur Fathia Abdul Latiff sebagai Dewi Yusra...
#Keith Foo sebagai CikKem..
#Nonny Nadirah ebagai Eda..
#Uqasha Senrose sebagai Dr Akma..
#Ardell Aryana sebagai Nora...
#Elizad Sharifuddin sebagai Kaklong Zaharah..
#Ziela Jalil sebagai Umi Sakinah..
#Syatilla Melvin sebagai Razita...
#Raja Farah sebagai Dr Adibah..
#Afiq Muiz sebagai Dr Rizwan...
#Leez Rosli sebagai Fatiha...
#Alexx Yanz sebagai Shahriman...
#Lia Asmizza sebagai Aisyah...
#Azza Elite sebagai Adawiyah....

#LAGU TEMA / OST
#Tajuk Lagu: Potret
#Artis : Akim And TheMagistrate
#Link : http://goo.gl/meRgvS

#SINOPSIS DIA ISTERI LUAR BIASA

#Mengisahkan kehidupan Dewi Yusra (Fathia) yang mencari suami sementara hanya bertujuan untuk mendapatkan anak. Dewi tidak percaya terhadap lelaki, kebencian Dewi terhadap lelaki terjadi akibat peristiwa silam yang masih menghantui dirinya apabila, ibunya menjadi mangsa kekejaman bapanya sendiri. Bagi Dewi dia mampu hidup tanpa cinta dari seorang lelaki, tetapi apabila Dewi perlu menjaga anak sahabat baiknya, Eda (Nonny Nadhirah) yang bernama Nina, terdetik di hati Dewi untuk memiliki zuriat.....

#Kerana tidak mahu berkahwin, Dewi cuba untuk mendapatkan perkhidmatan kaedah IVF dan GTF dari klinik pakar perbidanan namun ditolak kerana menyalahi undang-undang dan juga agama. Lalu tercetus satu idea apabila Dewi meminta pertolongan daripada sahabat baiknya, Cik Kem atau Kamrul (Keith Foo) untuk mencari calon suami sementaranya. Kesemua calon suami yang diaturkan Cik Kem tidak menepati citarasa Dewi. Cik Kem, walaupun lembut turut menyimpan sedikit perasaan sayang kepada Dewi, tidak ketinggalan menawarkan diri untuk menjadi suami sementara Dewi tapi ditolak oleh Dewi....

#Kehadiran Dr. Raden Amzar (Shukri Yahaya), seorang pensyarah dalam satu insiden yang tidak disengajakan di Heathrow, ketika penerbangan pulang dari London ke Kuala Lumpur mengikat Dr. Raden Amzar terus disisi Dewi. Tanpa Dewi sedari, Raden Amzar sebenarnya menyukai Dewi walaupun Dewi bukanlah wanita sempurna yang dicari tetapi dia yakin dia boleh membimbing Dewi. Dewi merancang sesuatu agar Raden Amzar dapat menjadi suami sementaranya. Apa yang dirancang berjalan lancar seperti yang dirancang. Dewi dan Raden Amzar ditangkap khalwat. Mereka bernikah secara rahsia tanpa pengetahuan keluarga Raden Amzar....

#Mampukah Raden Amzar mengubah pendirian Dewi terhadap lelaki dan mewujudkan rasa cinta dengan perkahwinan ini? Bagaimana pula penerimaan keluarga Raden Amzar terhadap Dewi...?

1 Response to "Drama Dia Isteri Luar Biasa Akan DITAMATKAN SIARANYA.?"

  1. dsebabkan tajuk macam ni.. sume haters kluarkan statement yg luar biasa jugak la. to me bloggers peranan dia sgt penting. bukan sekadar post mbabi buta. contoh dia mcm ni.

    ReplyDelete