Keluhan Geram Mengurus "Anak Luar Nikah" Memberi Cerita Seribu Makna Buat Wanita Ini

Agak panjang, tetapi kalau mahu membuka minda, bacalah kalau mungkin ia bermanfaat kepada semua orang.

Remaja perempuan, umur 15 tahun, OKU, lembam. tahap pemikiran mungkin 5-7 tahun punya mentaliti, "JANNAH" (bukan nama sebenar, sekadar ambil nama syurga), Jannah Menjadi mangsa nafsu buas 'syaitan'. Jantan keparat tua bangka, umur 96 tahun, tua-tua pun menyemai benih dalam rahim budak OKU. Sekali romen dapat upah RM5. Maaf, ini sangat bangsat!!

Keparat sangat, kalau saya jadi hakim, tak tau macam mana nak mengadili manusia macam ni yang layaknya di sula dan rejam sampai mati. Keparat itu membuntingkan remaja lembam OKU, berkali-kali, now Jannah, terpaksa berpisah dengan keluarga, dilindungi bawah akta dan ditempatkan di rumah perlindungan. Emosinya? menitik air mata kalau hendak diceritakan.

Ingat beberapa bulan lepas? kes budak umur 10 tahun kena rogol dengan ayahnya sendiri dan hamil, dan saya ceritakan bagaimana emosinya kan? budak umur 10 tahun yang jenis kasar, budak kampung, lasak, panjat pokok, mandi sungai, berlari keliling kampung, tiba-tiba ditempatkan dirumah perlindungan, seminggu ditempatkan di situ, emosinya kacau, tidak bercakap, dia teringin nak makan kek, kami bawakan kek, tetapi dia tidak turun makan kek sebab penat dan letih nak berjalan, dengan perut yang besar itu. Bayangkan budak umur 10 tahun menahan sakit beranak? kemudian kena operate sebab masih kecil, umur 10 tahun dia melalui semua itu, dan yang musnahkan masa indah kanak-kanak itu ialah bapaknya sendiri.

Sakit...

Manusia kita makin sakit, jiwa makin cedera parah, tanpa kita sedar.

Berbalik kepada Jannah, dan ia juga kebanyakkan anak remaja lain yang dirogol semenjak kanak-kanak, tahu tak kalian, mereka menjadi ketagih seks? Sebab itu, kita dengar, ada remaja yang telah rosak (dirogol berkali-kali) cenderung menjadi 'bohsia' mereka ketagihan seks. Sebaik dimasukkan ke rumah perlindungan, Jannah tengok rakan-rakan lain, ada makanan, biskut dan minuman. Jannah merengek, mahukan biskut juga, dan memanjang meregek lapar. Bagi wanita yang pernah hamil, saya dapat rasa, kelaparan itu bukan sesuatu yang diada-adakan, selepas 2 jam makan pun kita boleh lapar balik, dan tergedik-gedik nak makan. itulah juga yang dirasai olehnya, tambahan pula mentalitinya macam kanak-kanak.

Sakit...

Manusia kita makin sakit. Jiwa makin cedera parah, tanpa kita sedar.

Ada rakan saya bilang, anak lelakinya 15 tahun, rajin mengasuh adik perempuan, lepak dalam bilik main-main adik beradik atas katil. Saya menegah. Kita kena cegah, walau adik beradik sekali pun, tambah sudah umur 15 tahun, sudah ada rasa, adik-adik kecil tidak tahu apa-apa, abang cium, abang gomol, seronok, abang naik syok... maka jadilah macam-macam. Ayah-ayah pun sama, jagalah pelukan dan ciuman kepada anak-anak, peluk dan ciumlah anak sebagaimana seorang ayah dan pelindung kepada anak-anak perempuannya, jangan lebih batas hadnya, tolonglah...

Semenjak saya dan team We Care We Share kami dekati remaja-remaja yang hamil dirogol, terlanjur ni, banyak sungguh kes-kes sumbang mahram, dan juga ketelanjuran akibat 'tidak tahu apa-apa' ada remaja yang hebat, PMR or PT3, berderet A, jenih budak baik, yang emak bapa akan rasa "anak aku budak baik, rajin belajar, takkan buat benda-benda tak betul," itu lagi bahaya, sebab percayakan anak hampir 100%, dan anak begini pula mudah terpedaya dan digoda jantan di luar sana, dua tiga kali usung dah boleh 'on' kemudian mengandung. tak boleh buat apa dah bila benda dah jadi, kalau emak bapak rasional, boleh la tenang hadapi, kalau yang emosi, kena halau kena caci, anak bawa diri, tu yang kemudiannya kita jumpa bayi dalam longkang, dalam lubang jamban, dalam tong sampah. Tell you, budak baik masuk rumah perlindungan, bergaul dengan remaja yang rosak akhlak, agak-agak yang baik akan ikut jadi nakal, atau yang nakal akan berubah jadi baik? semuanya mungkin kan?

Tolonglah semua, alert please, awasi 'pergaulan' anak lelaki dan anak perempuan kita, walau adik beradik, jangan bagi asyik dok bergesel-gesel sangat, dok gesel sangat, syaitan pun gesel sekali, last sekali tersondol, pastu kembong. Part kembong ni mulalah menduga kasih sayang semua orang. Ada yang terus ditinggal di rumah perlindungan, sekali pun tak jenguk, pepandai la ko duduk situ, mujur juga ada makcik-makcik macam kami-kami ni Allah bagi sikit rasa kasih sayang dan melayan kalian macam adik beradik, anak beranak, bawakan makanan, minuman, bawakan keperluan diri dan baby kalian. Esok-esok dah keluar, harapnya jadilah kalian insan yang akan membantu orang lain, mungkin makcik-makcik ni tak perlukan bantuan kalian, cukup sekadar doa kalian untuk kami sihat, dan murah rezeki, agar kami boleh terus berbakti membantu orang lain pula. Sebarkan kasih sayang yang kami beri pada kalian kepada orang lain, jangan beri pada jantan-jantan yang meratah tubuh badan kalian je anak-anak oiii...

Semoga apa yang saya tulis ini kalian baca dan sentiasa beringat, yang ada anak, jagalah anak-anak kita, baik lelaki, baik perempuan, yang tidak ada anak, kalian ada anak-anak saudara, anak-anak jiran, adik-beradik kan, prihatin la. perkara-perkara seperti saya ceritakan di atas mungkin akan berlaku pada orang-orang terdekat dengan kita, tidak mustahil, jadi sama-sama kita jadi masyarakat yang prihatin. kalau nampak anak-anak perempuan, dari kanak-kanak sampai remaja, berjalan sendirian, kawasan gelap atau sunyi, cuba perlahankan kereta, atau perhatikan mereka prihatinlah cara kita..

saya pernah berhentikan kereta pura-pura cakap di telefon sebab nak perhatikan ada dua orang kanak-kanak perempuan berbasikal dalam jalan pintas yang sunyi, sehingga mereka melepasi semak dan belukar masuk ke jalan utama semula, saya gerak, dan perlahankan tengok mereka masuk kawasan perumahan, baru saya teruskan perjalanan. Sambil buat begitu, berdoalah dalam hati, agar Allah pelihara mereka, pelihara anak-anak kita, dan kalau anak kita dalam situasi begitu, moga ALlah utuskan orang baik-baik untuk membantu.

Catatan extra :
Saya pernah sekali, ada salah komunikasi dengan taska, saya pesan Alesya tak perlu pergi sekolah agama petang, sebab petang saya tidak dapat ambilnya di KAFA, tetapi cikgunya terlupa dan hantarkan ke sekolah agama, saya pulang lambat dari office, pukul 7pm lebih, hujan lebat, tetiba ada suara wanita Indonesia telefon saya beritahu, dia tengok no telefon saya di beg sekolah alesya, dan beritahu, alesya menangis dan mengigil kesejukan basah akibat hujan, dalam gelap di surau sekolah KAFAnya, dia sendirian dalam gelap. Macam nak luruh jantung saya.

Panik, saya minta cakap dengan Alesya dulu, saya tenangkan dia, walaupun saya hampir meraung sama. saya beritahu wanita indonesia tu, minta tunggu di situ sekejap, sementara saya call babah Alesya. Babahnya atas motor, pula tak jawab call, tetapi call kemudian, saya suruh terus pergi surau. Rupanya wanita indon itu, call saya balik, minta izin nak bawa Alesya pulang, sebab sudah maghrib, nanti dia beri alamat, minta suami ambil di rumah aje. Tuhan saja tahu, takutnya saya, dan saya tidak boleh bayangkan ketakutan Alesya macam mana, apa senjata saya ada ketika itu? doa dan doa... tetapi cikgu-cikgu di taskanya teruk juga saya bambu.

Alhamdulillah, 15 minit kemudian babah dia call beritahu sudah ambil Alesya. Allah utuskan orang baik-baik membantu anak 7 tahun, ketika dalam kesusahan, bila itu terjadi, saya tanam dalam diri, saya mahu lebih berbakti untuk orang lain, sebab kesannya besar, bukan untuk diri sendiri, sampai ke ahli keluarga pun Allah balas.

itu pengalaman ngeri yang saya tidak pernah cerita, baru hari ini teringat nak bercerita.

tulisan oleh Pnut Syafinaz

0 Response to "Keluhan Geram Mengurus "Anak Luar Nikah" Memberi Cerita Seribu Makna Buat Wanita Ini"

Post a Comment