Mia Ahmad bukan isteri degil dan mengada-ada.. Beliau adalah seorang yang manja. Gambar ini buktinya…

Kini nama pelakon cantik menawan Mia Ahmad dah popular dan dia digilai peminat. Segala-galanya kerana drama telenovela Hati Perempuan di slot Akasia TV3 yang mendapat sambutan hangat.

Watak yang menuntut gadis cantik ini untuk beraksi isteri degil dan manja, seakan ada yang tidak kena. Ia seperti kelihatan agakketerlaluan dan terlalu mencuba sehingga mengundang rasa meluat kepada setengah-setengah penonton.

Menurut Mia Ahmad, setiap aksi yang dipamerkan dalam telenovela itu bukan sahaja diputuskan olehnya. Sebagai pelakon, dia cuba membawakan watak itu seperti kehendak skrip dan mengikut kemahuan pengarah.

Membawa watak seorang isteri yang degil dan kadang kala memberontak itu yang dimahukan oleh pengarah, yang pasti watak itu cuba di bawanya dengan sepenuh hati. Bagi Mia Ahmad, terdetik juga perasaan bimbang dengan penerimaan dan pandangan penonton melihatkan lakonannya sebegitu.


“Hakikatnya, beliau tidak mampu untuk puaskan hati semua orang. beliau telah cuba buat mengikut kebolehan beliau dan kehendak pengarah. Selebihnya, terserahlah kepada penonton untuk menilai”.

Telenovela Hati Perempuan ini mengangkat isu dan dilema yang dilalui oleh pasangan suami isteri ini dalam mengharungi realiti kehidupan. Yang pasti telenovela ini membukan ramai peminat tertunggu-tunggu waktu tayangan ia.

0 Response to "Mia Ahmad bukan isteri degil dan mengada-ada.. Beliau adalah seorang yang manja. Gambar ini buktinya…"

Post a Comment