Beranda · Teknologi · Olahraga · Entertainment · Gaya Hidup

Nahas Duke : Dua Wajah Pemandu MYVI wanita 35 tahun dan lelaki 31 tahun

Kuala Lumpur : Dua pemandu Perodua MyVi yang bertanggungjawab menyebabkan kematian tiga beranak dalam insiden kemalangan di Lebuhraya DUKE, awal pagi Sabtu lalu akan didakwa di Mahkamah Trafik Jalan Duta, esok.

Perkara itu disahkan Ketua Pasukan Trafik Bukit Aman, Datuk Mohd Fuad Abd Latiff kepada Harian Metro, hari ini.

Dua pemandu itu masing-masing lelaki berusia 31 tahun dan wanita berusia 35 tahun akan dihadapkan ke mahkamah pada 9 pagi.

Dalam kejadian di Kilometer 6.3 Lebuhraya DUKE pada 1.05 pagi Sabtu lalu, Fairuz Nizam Husain, 35, disahkan maut di tempat kejadian manakala isterinya, Nova Safitri Azhari, 27, dan anak mereka berusia tujuh bulan, Nur Firuza Annisa meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Setakat ini, 11 orang sudah dirakam keterangan termasuk dua pemandu berkenaan dan saksi utama kejadian.

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - HM

0 Response to "Nahas Duke : Dua Wajah Pemandu MYVI wanita 35 tahun dan lelaki 31 tahun"

Post a Comment