Pemandu Myvi Punca Kemalangan DI Lebuhraya DUKE Mengaku Tidak Bersalah.

KUALA LUMPUR: Dua pemandu Produa Myvi termasuk seorang wanita mengaku tidak bersalah di mahkamah majistret trafik atas tuduhan memandu secara berbahaya sehinggah menyebabkan kematian tiga beranak di Lebuhraya DUKE, awal Sabtu lalu.

Pembantu pengurus restoran Siti Noor Aini Mohd Said, 35, dan juruteknik , Mohammad Fizal Reza Jamaluddin , 31, masing-masing membuat pengakuan itu selepas jurubahasa mahkamah membaca pertuduhan secara bersilang di hadapan Majistret Noorul Fhaiez Mohd Nayan.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa memandu secara bahaya kepada awam  dan menyebabkan kematian Fairuz Nizam Husain, 35, Nova Safitri Azhari, 27, dan anak bongsu mereka Nur Firuza Annisa, 7 bulan di Lebuhraya DUKE, kilometer 6.2 dari arah Ulu Kelang menghala ke jalan Duta, pada jam 1.05 pagi, 2 Mei lalu.

Bagi peruatan itu, mereka didakwa di bawah seksyen 41(1) Akta Pengngkkutn Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda maksimum 20.000 selain lesen memandu digantung.

Mahkamah membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin RM9,000 setiap seorang dengan seorang penjamin selain mengantung lesen memandu dan pasport diserahkan kepada mahkamah mereka sehinggah kes selesai serta menetapkan 22 Jun untuk sebutan semula kes.

Atrikel ini disiarkan pada jumaat, 8Mei2015, @ jam 11.44am

0 Response to "Pemandu Myvi Punca Kemalangan DI Lebuhraya DUKE Mengaku Tidak Bersalah."

Post a Comment