Beranda · Teknologi · Olahraga · Entertainment · Gaya Hidup

Sayu : Mak Cik Mahu Hukuman Setimpal (Tragedi Duke)

Bagi keluarga mangsa, tidak mudah untuk menerima berita tiga insan tersayang hilang sekelip mata lebih-lebih lagi salah seorang mangsa adalah tunggak harapan keluarga.

Bagi Normah Toso, biar hukuman setimpal dikenakan terhadap pihak yang bertanggungjawab terhadap kejadian yang menimpa anak, menantu dan cucunya.

Tangisan, Nur Firuza Amira berusia 7 tahun, yang kehilangan bapanya - menyambut kedatangan krew kami yang tiba di kediaman keluarga ini di Batu Caves, Selangor siang tadi.

Namun, adiknya, Nur Firuza Aqila, empat tahun kelihatan hanya berdiam diri, mungkin kerana masih belum mengerti nasib yang menimpa ibu bapa serta adik perempuannya.

Orang ramai boleh menyalurkan Bantuan untuk dua anak mangsa menerusi akaun bank tertera.

MUHAMMAD FAIZZNUR HUSAIN
AKAUN MAYBANK : 1647-9919-0478

0 Response to "Sayu : Mak Cik Mahu Hukuman Setimpal (Tragedi Duke)"

Post a Comment