Wakil FMC - Akan Beri Kerjasama Agar Pesalah Dihukum

Menerima pelbagai kencaman daripada netizen disebabkan kemalangan maut tempoh hari melibatkan ahli-ahli daripada familia myvi club, akhirnya Wakil daripada familia myvi club iaitu merupaka orang kedua kelab tersebut Hairul Safuan muncul di kediaman keluarga mangsa hari ini.

Alhamdulillah Kami rakyat malaysia mengharapkan kerjasama daripada pihak familia myvi club menyelesaikan untuk isu yang sedang hangat ini Melaui kenyataan Hairul Safuan dia rasa terkejut dengan insiden itu berlaku lebih-lebih lagi melibatkan daripada ahli kelab FMC dan bersimpati dengan nasib keluarga mangsa.

Menurut wakil daripada familia myvi club atas dasar perihatin terhadap keluarga mangsa kemalangan maut kunjungan beberapa ahli FMC sebagai tanggungjawab dan untuk menjaga hubungan baik. pihak familia myvi club mengatakan tujuan mereka datang di kediaman keluarga mangsa untuk membersihkan nama kelab dan juga ahli-ahli yang tidak terlibat dengan kemalangan tersebut selain daripada untuk menjelaskan keadaan sebenar.

Kami juga berterima kasih daripada wakil familia myvi club kerana untuk melakukan sesuatu untuk kebajikan 2 orang lagi anak mangsa. Selain daripada itu familia myvi club akan berkerjasama dengan pihak berkuasa dan menyarankan pemandu yang terlibat hingga menyebabkan kemalangan dan kematian dihadapkan ke muka pengadilan

“Kami menerima pelbagai ugutan dan kecaman di media sosial dan ini memberikan tekanan. Saya harap orang ramai dapat menilai perkara ini secara rasional dan tidak menghukum sembarangan, lebih-lebih lagi ke atas pihak yang tidak bersalah,” ujar Hairul Safuan

Kami mengucapkan terima kasih kepada wakil FMC kerana berani tampil ke hadapan menunjukkan perihatin kepada keluarga mangsa.

Semoga perkara ini dapat tenangkan rakyat malaysia yang marah di atas kejadian tempoh hari

0 Response to "Wakil FMC - Akan Beri Kerjasama Agar Pesalah Dihukum"

Post a Comment