KENANGAN TERAKHIR.. Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri Datuk Azlin Alias bersama Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis ketika menghadiri majlis resepsi anak PM di Pekan, siang tadi.
GAMBAR di atas, dipercayai antara foto terakhir Ahli Parlimen Rompin, Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis dan Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri Datuk Azlin Alias sebelum meninggal dunia dalam nahas helikopter di Semenyih, petang tadi.
Ianya dirakamkan di majlis resepsi perkahwinan anak perempuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Taman Tasik Sultan Abu Bakar, Pekan siang tadi.
Jamaluddin dan Azlin, meninggal dunia beberapa jam selepas gambar tersebut dirakamkan apabila helikopter dinaiki mereka terhempas di Kampung Pasir Baru, Sungai Pening, Semenyih ketika pulang dari majlis berkenaan.
Ketika kejadian helikopter membawa enam penumpang yang dipandu oleh juruterbang Kapten Clifford William Fournier itu sedang menuju ke Subang.
Mangsa nahas lain dalam insiden petang tadi adalah ahli perniagaan Datuk Tan Huat Seang, pembantu juruterbang Aidana Baizieva dan pengawal peribadi Jamaludin iaitu Koperal Razakan Seran.
Kesemua mayat mangsa nahas ditemui paling lewat jam 8.15 malam tadi, sebelum dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL).
0 Response to "Dipercayai Foto Terakhir Arwah Sebelum Maut Nahas."
Post a Comment