Gambar Nahas 6 mangsa helikopter terhempas, didedah

Helikopter jenis Dauphin dengan nama kod 9M-1GB itu yang membawa enam orang termasuk Pengerusi Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA), Tan Sri Jamaluddin Jarjis dan Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri, Datuk Azlin Alias, terhempas di satu kawasan kebun getah jam 4.55 petang Sabtu.

KUALA LUMPUR, 5 April:

Siasatan nahas helikopter awam AS3655N2 Dauphin 9M-1GB yang terhempas di Semenyih dekat Kajang akan bermula pagi esok (pagi Ahad), dengan keutamaan diberikan terhadap usaha mengesan kotak rakaman suara helikopter berkenaan, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Menurutnya, satu pasukan khas telah ditubuhkan bagi menyiasat punca helikopter terhempas petang tadi dan pasukan itu akan membuat siasatan menyeluruh termasuk mengambil semua bukti di lokasi nahas itu di Jalan Sungai Lalang, Kampung Pasir Baru.

“Mereka akan pergi ke kawasan kemalangan esok (hari ini), untuk mengumpul semua wreckage (serpihan) yang ada untuk kita lihat apa sebenarnya punca yang menyebabkan kemalangan itu.

“Paling penting adalah untuk dapatkan voice recorder untuk bantu kita dalam siasatan,” kata Liow ketika ditemui pemberita di Unit Forensik Hospital Kuala Lumpur lewat malam Sabtu.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai (kiri) turut hadir bagi melawat mayat mangsa helikopter terhempas di Hospital Kuala Lumpur (HKL) Sabtu malam. – Foto Bernama

Menurut Liow lagi, semua mayat yang dibawa dari lokasi nahas kini sedang menjalani bedah siasat dan menjalani proses pengecaman identiti, yang prosesnya dijangka selesai malam ini.

Bagi mempercepatkan proses pengecaman identiti, sebanyak tiga pasukan Pengecaman Identiti Mangsa Bencana atau Disaster Victim Indentification (DVI) telah diwujudkan.

“Sebelum kita nak sahkan ke semua indentity yang ada, kita mesti laksanakan pelbagai proses antaranya, mengambil cap jari, mengenalpasti dental structure dan analisis DNA mayat.

“Disebabkan itu saya telah wujudkan tiga team DVI untuk kita laksanakannya dalam mempercepatkan proses mengenalpasti ke semua mangsa,” tambahnya yang bagaimanapun tidak dapat memberikan dengan tepat jam berapakah mayat mangsa boleh diserahkan kepada keluarga masing-masing.

Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Datuk Azharuddin Abdul Rahman, berkata pihaknya akan memulakan usaha pencarian bahan bukti di lokasi nahas helikopter di Semenyih bermula kira-kira jam 9.30 pagi nanti.

Katanya, siasatan forensik berkenaan akan meliputi pencarian bahan bukti termasuk merekodkan gambar serta mendapatkan serpihan untuk siasatan lanjut.

“Ketika ini, kami belum dapat memastikan tempoh siasatan berikutan perlu memastikan kesemua aspek daripada nahas diteliti,” katanya.

Helikopter jenis Dauphin dengan nama kod 9M-1GB itu yang membawa enam orang termasuk Pengerusi Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA), Tan Sri Jamaluddin Jarjis dan Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri, Datuk Azlin Alias, terhempas di satu kawasan kebun getah jam 4.55 petang Sabtu.

Saksi yang melihat kejadian itu memberitahu pemberita bahawa helikopter itu meletup di udara sebelum terhempas, dan meletup sekali lagi di kawasan kebun getah.

Bagaimanapun seorang juruterbang helikopter lain yang menyaksikan kejadian itu di udara dilaporkan hanya ternampak helikopter berkenaan menjunam sebelum terhempas ke tanah dan meletup.

Semua enam mayat mangsa nahas itu sudah ditemui pasukan mencari dan menyelamat melibatkan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat dan Jabatan Pertahanan Awam beberapa jam selepas insiden itu.

Related Posts :

0 Response to "Gambar Nahas 6 mangsa helikopter terhempas, didedah"

Post a Comment